Surah Hud ayat 98
Melalui ayat ini, Allah SWT memberitahu kita bahawa Firaun akan diikuti oleh kaum atau bangsanya di akhirat kelak. Maknanya, apabila Firaun dibangkitkan di akirat kelak, dia akan duduk di depan dan rakyatnya akan turut sama di belakangnya. Mereka ketika itu hendak menuju ke mana? Jawabnya, semuanya pergi ke neraka.
Sebagai pemimpin, sepatutnya Firaun beriktiar supaya rakyatnya selamat, ekonomi serta politik stabil. Ini tugas pemimpin sesebuah negeri dan negara. Apalah gunanya seorang pemimpin yang membawa rakyatnya menuju kemusnahan di akhirat kelak. Walaupun di dunia Firaun begitu hebat, tetapi Allah SWT sendiri telah menyatakan bahawa dia akan memimpin rakyatnya menuju ke neraka.
Dalam ayat ini, Allah SWT tidak menggunakan ayat "Firaun memimpin rakyatnya menuju ke neraka", tetapi Allah SWT menggunakan ayat, "Firaun menjadi seorang gembala." Ini bermakna Firaun akan memimpin rakyatnya sepertimana gembala mengembala kambing menuju ke neraka.
Gembala kambing biasanya akan membawa kambing kambingnya yang beribu-ribu ekor pergi ke sumber air untuk minum atau ke kandang untuk berehat. Kenapa Allah SWT menggunakan perkataan yang digunakan untuk gembala kambing kepada Firaun?
Ini kerana apabila orang ikut orang dia akan menjadi seperti kambing. Kalau hendak menjadi manusia, dia kena ikut Allah SWT bukan ikut orang. Kalau nampak orang itu hendak bawa kita ke neraka, kita kena guling orang itu, dan cari orang lain sebagai pemimpin.
Sebaliknya kalau kamu sebagai orang atau manusia tetap ikut dia juga, bermakna kamu ini seperti kambing. Maka, amat sesuai kalau seperti Firaun seperti gembala, sedang rakyatnya seperti kambing. Melalui sepatah perkataan ini kita boleh nampak dengan mudah hala ke mana Allah SWT hendak tuju dalam mengkiaskan kisah Firaun dan rakyatnya.
Jika difikirkan, apakah punca rakyat Mesir menjadi seperti kambing? Jawabnya kerana mereka tidak ikut Nabi Musa, tetapi ikut Firaun. Padahal Nabi Musa inilah orang yang patut diikuti, tetapi disebabkan Firaun banyak duit, kuasa, harta, ramai askar dan sebagainya, maka dia menjadi pilihan mereka. Orang tidak pilih Nabi Musa walaupun Allah SWT sendiri melantiknya dengan mukjizat yang cukup, hujah yang cukup serta dalil yang kuat. Orang tidak ikut Nabi Musa kerana memang sudah menjadi perangai manusia suka turut orang yang boleh memberinya makan (kemewahan) sekarang.