Allah s.w.t. berfirman, "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi." SURAH 41 - FUSSILAT: Ayat 53
"Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah engkau tidak memerhatikan?" az-Zariyat:21
Jadi, yang menjadi objek perenungan atau pemikiran ialah diri sendiri dan semua makhluk Allah s.w.t.
Disebutkan dalam suatu riwayat, bahawa merenung sesaat itu lebih baik daripada ibadahmu setahun. Anjuran untuk berfikir, merenung, menganalisa dan mengambil pelajaran dapat diketahui dari ayat-ayat dan hadis-hadis. Kerana, ia adalah kunci pembuka cahaya-cahaya dan awal datangnya pertolongan serta penjaring ilmu.
Tentang keutamaannya, Allah s.w.t. berfirman dalam bentuk pujian, "Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi." (Ali-Imran: 191)
Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya ada suatu kaum yang sentiasa memikirkan tentang Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung." Sebagaimana anjuran dari Nabi s.a.w., "Fikirkanlah tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang Allah, kerana kamu tidak akan sanggup memikirkan-Nya."
Diriwayatkan dari Nabi s.a.w., sesungguhnya pada suatu hari baginda keluar menuju suatu kaum yang sedang asyik berfikir. Baginda bertanya, "Kenapa kamu tidak berbicara?" Mereka menjawab, "Kami sedang berfikir tentang makhluk ciptaan Allah s.w.t." Baginda berkata, "Kalau begitu, lakukanlah. Berfikirlah tentang makhluk ciptaan Allah, tetapi jangan berfikir tentang Zat Allah.
No comments:
Post a Comment