Tuhan menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 82 yang bermaksud, "(Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman." Syifa (penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan."
Abdullah bin Masud berkata, "Sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian."
Sahabat Abu Hurairah pula berkata, "Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni penghuninya. Di samping itu kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu."
Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, "Berhubung kesan mendengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan saraf dan otot...... Beliau mendapati, mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk daripada kalangan bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi positif di dalam diri mereka." Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar.
Benarlah sahabat Ali bin Abi Talib apabila beliau berkata, "Tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan dan menghilangkan kahak iaitu bersugi, berpuasa dan membaca Quran."
Quran tidak hanya dikagumi oleh orang Islam. Ia juga dikagumi oleh orang bukan Islam. Sebahagian daripada mereka yang bukan Islam ini sudah memeluk agama Islam selepas meneliti dan memahami maksud ayat-ayat Quran. Dr. Gary Miller adalah pakar matematik di samping seorang tokoh dalam, bidang ilmu teologi Kristian. Demikian juga dengan Dr.Maurice Bucaille. Beliau adalah seorang pakar bedah terkenal di Perancis.

No comments:
Post a Comment