Nabi Yusuf adalah contoh yang baik, bagi semua manusia. Semasa masih kecil, saudara-saudara beliau berdengki dengan beliau. Akhirnya, mereka bersepakat membuang beliau ke dalam sebuah telaga buruk.
Nabi Yusuf ditemui oleh sekumpulan ahli perniagaan. Mereka memungutnya dan mejualnya kepada Raja Mesir yang bernama Qithfir dengan harga yang murah. Tuhan menceritakan dalam surah Yusuf ayat 20 yang bermaksud, "Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah iaitu beberapa dirham sahaja dan mereka tidak tertarik hati kepadanya."
Selepas beberapa lama hidup di istana raja, beliau difitnah dan dipenjarakan. Tuhan memberitahu dalam surah Yusuf ayat 35 yang bermaksud, "Kemudian timbul dalam fikiran mereka, setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka sepatutnya memenjarakannya hingga ke satu waktu tertentu.
Semasa mengharungi ujian yang datangnya bertubi-tubi ini, beliau bersabar tanpa keluh kesah. Berkat kesabaran dan kecekalan itu akhirnya beliau dibebaskan dan menjadi Raja Mesir. Tuhan menyatakan dalam surah Yusuf ayat 56 yang bermaksud, "Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir. (Dia berkuasa penuh) untuk pergi ke mana yang dia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami limpahkan rahmat kepada sesiapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan." Memang benar. Tuhan tidak mensia-siakan kesabaran dan kecekalan manusia.
No comments:
Post a Comment