SURAH AL-MULK - Muka Surat 562 Quran Stylus Sensor
Keutamaaan surah Al-Mulk
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Ada seorang lelaki dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. membangunkan khemahnya di atas sebuah kubur, sedang dia tiada mengetahui pada tempat itu ada sebuah kubur. Rupa-rupanya kubur itu ialah kubur seorang lelaki yang selalu membaca surat Al-Mulk (Tabarak), lalu dia pun mendatangi Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah membangunkan khemahku di atas sebuah kubur, aku tidak tahu di tempat itu ada kubur, tetapi rupa-rupanya kubur itu ialah kubur seorang yang selalu membaca surah Al-Mulk hingga selesai. Maka berkata Nabi s.a.w.:
“Dialah (surah Al-Mulk) suatu pendinding, dan dialah penyelamat yang menyelamatkan daripada siksa kubur.”
(Riwayat Termizi – Hasan gharib)
Bacalah Surah Al-Mulk kerana dia itu adalah penyelamat dan pembela yang akan membela pembacanya di hadapan Tuhannya di hari kiamat, sambil memohon Tuhannya untuk menyelamatkannya dari siksa api neraka jika surah itu ada di dalam dadanya, dan Allah akan menyelamatkannya juga dari siksa kubur. Berkata Rasulullah s.a.w.: Aku suka sekali jika surah itu berada di dada setiap manusia dari umatku.
Berkata Abu Umar bin Abdul Bar suatu bicara yang sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya baginda telah berkata: Sesungguhnya ada sebuah surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat telah memberi syafaat kepada tuannya sehingga ia diampunkan, iaitu surat “Tabarak Al-Mulk”.
Go to the page and read with the help of the stylus sensor. You can even listen to the translation as you wish.
No comments:
Post a Comment