Saturday, 21 May 2011

SURAH AL-FATIHAH IBU SEGALA DOA, PENAWAR SEGALA MASALAH

SURAH AL-FATIHAH 

Maksudnya:  "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.  Tunjukilah kami jalan yang lurus,.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

Keterangan Ayat

Surah al-Fatihah merupakan surah yang istimewa diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya (HR Muslim)

Ia mempunyai beberapa nama.  Antara yang masyhur adalah al-Fatihah yang bermaksud pembukaan kerana ia merupakan surah yang pertama dalam susunan surah-surah al-Quran dan yang pertama dibaca dalam solat.

Selain itu, surah ini juga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat ke-87 sebagai 'al-Sab'ul Mathani' yang bermaksud tujuh yang berulang kerana terdiri daripada tujuh ayat dan dibaca secara berulang-ulang dalam solat.

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Thabit dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari mengatakan bahawa surah ini mampu menjadi penawar bagi mengubati bisa sengatan.  Seorang sahabat telah diminta mengubati ketua penduduk yang disengat binatang berbisa.  Lalu seorang sahabat telah pun menjampi dengan menggunakan surah al-Fatihah.  Dengan izin Allah dia telah sembuh.  Cara yang dilakukannya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah dengan mengumpulkan sedikit ludahan.  Kemudian ditiupkan dan disertai sedikit ludahan pada bahagian badan yang sakit itu.  Malahan disebut dalam Fath al-Bari, semua jenis penyakit boleh disembuhkan dengan membaca surah ini



.

No comments:

Post a Comment